Babak. Laman utama

Privasi Babak

Dikemas kini 19 Oktober 2026. Babak ialah game belajar untuk SPM oleh TCS CREATIVE SOLUTIONS (No. Pendaftaran: 202603064094 (NS0320043-A)).

Ringkasnya

Yang disimpan dalam pelayar kamu

Kemajuan setiap game (bintang, XP, kad ingatan, streak, kata yang perlu diulang), draf jawapan bertulis dan tetapan seperti bunyi disimpan dalam storan pelayar (localStorage) pada peranti kamu. Data ini tidak dihantar kepada Babak kecuali dalam dua keadaan: bahagian kemajuan permainan yang disenaraikan di bawah jika kamu log masuk, dan apabila kamu membuka alamat lama Babak. Jika kamu padam data laman dalam tetapan pelayar, kemajuan ini hilang.

Alamat Babak kini ialah babakspm.com. Jika kamu membuka alamat lama (babak.topcastgaming.workers.dev), data Babak dalam pelayar untuk alamat lama itu turut dihantar ke babakspm.com supaya kemajuan kamu tidak hilang. Data itu melalui pelayan Babak hanya untuk disalin ke dalam pelayar yang sama dan tidak disimpan di pelayan. Jika kedua-dua alamat ada kemajuan, bintang dan skor yang lebih tinggi dikekalkan.

Log masuk dengan Google

Setiap tahap dalam Babak memerlukan log masuk dengan Google (sejak 4 Oktober 2026). Nota setiap bab boleh dibaca tanpa log masuk. Log masuk Google tidak berfungsi dalam pelayar dalam app seperti TikTok, Instagram atau Facebook kerana Google menyekatnya; buka Babak dalam Chrome atau Safari.

Apabila kamu log masuk, Google memberi Babak satu token log masuk yang mengandungi ID akaun Google, nama, e-mel dan gambar profil kamu. Babak menggunakan token itu untuk mengesahkan log masuk sahaja.

Yang disimpan dalam pangkalan data akaun Babak (Cloudflare D1):

Yang tidak disimpan: nama, e-mel, gambar profil dan jawapan bertulis kamu. Draf jawapan, kata yang perlu diulang dalam Bahasa Melayu (air keruh) dan tetapan seperti bunyi kekal dalam pelayar kamu sahaja. Nama yang dipaparkan dalam Babak (contoh "Disimpan dalam akaun Aiman") juga disimpan dalam pelayar kamu sahaja.

Akaun sekolah (contoh DELIMa) mungkin disekat oleh tetapan sekolah. Jika disekat, kamu boleh guna akaun Gmail peribadi.

Jika kamu berumur bawah 18 tahun, beritahu ibu bapa atau penjaga sebelum log masuk.

Bayaran (ditutup)

Babak kini percuma dan tidak menerima bayaran. Sebelum ini, akses penuh boleh dibeli melalui CHIP (Chip In Sdn. Bhd.). Kaedah bayaran dan butiran pembayaran, termasuk nama penuh yang diminta oleh CHIP, dimasukkan terus di halaman CHIP; Babak tidak menerima atau menyimpan butiran itu. E-mel untuk resit dihantar terus kepada CHIP dan tidak disimpan oleh Babak.

Yang masih disimpan dalam pangkalan data akaun Babak bagi setiap pesanan yang pernah dibuat: nombor pesanan, nombor rujukan purchase CHIP, harga, sama ada harga pengasas, status (menunggu, dibayar atau dibayar balik), tarikh pesanan dibuat dan dibayar, tarikh akses tamat, nombor pengasas jika ada, dan pautan kepada kod akaun Babak kamu. Rekod ini disimpan sebagai rekod perniagaan. Pelayan Babak masih boleh bertanya kepada CHIP tentang status pesanan itu apabila CHIP menghantar notis pembayaran atau bayaran balik.

Log keluar dan padam akaun

Buka laman utama Babak atau halaman Pilih bab Sejarah dan tekan Urus.

Statistik tanpa nama dan feedback

Statistik tanpa nama: sejak 9 Oktober 2026, Babak tidak menghantar statistik tanpa nama daripada mana-mana bab. Sebelum tarikh itu, hanya versi lama Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 menghantarnya supaya pembuat Babak tahu berapa ramai yang main: tempoh dan bilangan kali main, tahap siap, bintang, tarikh mula main, versi game, sistem operasi, pelayar, jenis skrin dan satu ID rawak yang dijana dalam pelayar. Statistik yang sudah diterima disimpan dalam pangkalan data Babak di Cloudflare, dengan salinan ke Google Forms milik pembuat Babak.

Feedback ada dalam setiap game, di laman utama dan di halaman Pilih bab. Feedback hanya dihantar apabila kamu menekan butang Hantar: jenis, rating, mesej, nama panggilan dan sekolah jika kamu isi, dari mana kamu menekan butang Feedback (contohnya bab, tahap dan keputusan tahap itu), versi game dan jenis peranti (sistem operasi, pelayar dan saiz skrin). Feedback daripada versi lama Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 (sebelum 9 Oktober 2026) turut membawa ID rawak yang sama dengan statistik; feedback sekarang tidak membawa ID itu. E-mel, nombor telefon dan lokasi tidak diambil. Jangan tulis nombor telefon, alamat rumah atau kata laluan dalam mesej.

Feedback disimpan dalam pangkalan data Babak di Cloudflare, dengan salinan ke Google Forms/Sheets milik pembuat Babak. Pembuat Babak membacanya dalam dashboard peribadi yang hanya boleh dibuka dengan akaun Google pembuat Babak. Dashboard itu juga memaparkan kiraan ringkas akaun (contohnya bilangan akaun dan bintang ikut bab) dan ringkasan jualan (bilangan dan jumlah pembayaran) tanpa ID Google atau identiti pelajar.

Perkhidmatan pihak ketiga

Hubungi

Soalan tentang privasi atau permintaan memadam data: e-mel topcastgaming@gmail.com. Untuk memadam feedback yang pernah kamu hantar, sertakan anggaran tarikh dan sebahagian isi mesej itu supaya ia boleh dikenal pasti.

Laman utama ยท Sejarah